Header Ads

Selepas Dikritik Ainan Tasneem,Lihat Apa Jawapan Balas Pramugara Ini



Kita telah mendengar dari Ainan Tasneem mengenai pengalamannya dan sepupunya mengenai keengganan seorang pramugara Air Asia bernama Mohd Ridzwan mengangkat bagasi sepupu itu ke kompartmen atas tempat duduk kapal terbang dalam satu penerbangan dari Haadyai ke Kuala Lumpur.

Namun mendengar dari sebelah pihak adalah sesuatu yang tidak adil, apatah lagi Netizen tidak berada di tempat kejadian semasa peristiwa itu berlaku. Pramugara yang dikenali sebagai Mohd Ridzwan bagaimanapun telah memberi reaksi kepada tulisan Ainan tentang cerita sebelah pihaknya di akaun Instagram milik beliau.

Nampaknya melalui cerita Mohd Ridzwan ada perkara yang ditokok-tambah. Kini terpulanglah kepada anda semua untuk membuat telahan siapa yang memberitahu perkara sebenar.

Namun begitu, nampaknya ramai yang menyokong Mohd Ridzwan dalam hal ini. Semoga satu jalan penyelesaian terbaik dapat dicapai bagi kedua-dua pihak.

Sumber:Beautiful Nara




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.