Header Ads

Cantik Atau Pelik? Gadis Ini Ubah Wajah Seperti Watak Karekter Manga Kerana Obses




Seorang vlogger dari Tokyo tiba-tiba menjadi sensasi kerana penampilannya yang boleh disifatkan sebagai tak masuk akal.

Digelar sebagai 2D Babe, gadis ini memang benar-benar memiliki wajah seperti karakter komik manga Jepun. Menurut The Sun, dia sangat obses dengan manga dan anime.

Nozomi mempunyai mata yang amat besar, mulut yang nipis dan bentuk wajah berbentuk seperti hati, memang saling tak tumpah macam karakter kartun tersebut.

Walaupun menganggap dirinya cantik sedemikian, namun gadis ini dihentam teruk oleh ramai pihak. Mereka mengatakan yang wajahnya sangat pelik dan nampak tidak proporsional.


"Wajah kartun memang nampak cantik dalam komik, namun jika ianya direalisasikan dalam dunia sebenar, memang menakutkan."

Melihat pada gambar Nozomi yang menjadi tular di media sosial, ada yang mengatakan gadis ini sebenarnya hanya menggunakan teknik solekan dan Photoshop sahaja sehingga membuatkan wajahnya nampak seperti anime.

Namun rata-ratanya mendakwa Nozomi memang benar-benar melakukan pembedahan plastik. Lihat lagi foto-fotonya di sini. Pendapat anda bagaimana? Betul atau Photshop saja? - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.