Header Ads

'Bukan Di Malaysia' - Polis Sahkan Video Dua Wanita Dicukur Bukan Berlaku Di Malaysia




Paparan video yang menunujukkan sekumpulan lelaki bertindak keras mencukur kepala dua wanita yang dikatakan mencuri di kedai seorang peniaga, tempat kejadiannya bukan berlaku di Malaysia. 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan video yang menjadi tular di media sosial itu berlaku di sekitar tahun lepas di Maracaibo, Venezuela pada sekitar tahun lepas. 

Memetik laporan Bernama, Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datin Asmawati Ahmad berkata, paparan video itu telah sengaja diperbesarkan dan difitnahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan peribadinya. 

"Berikutan penularan video itu, pelbagai reaksi berbaur perkauman yang dikongsi secara meluas di media sosial dan rangkaian komunikasi yang lain."

"PDRM ingin menasihatkan masyarakat agar bijak menilai setiap berita yang dikongsi di media sosial atau lain-lain rangkaian komunikasi serta tidak menjadi mangsa kepada niat serong pihak-pihak tertentu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Masyarakat keseluruhannya dinasihati agar tidak sesekali memainkan sebarang isu yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman atau keagamaan sehingga boleh menggugat keharmonian masyarakat majmuk di negara ini, tambah Asmawati. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.