Header Ads

Zumba Haram - Mufti Sabah



KOTA KINABALU – Mufti Sabah kembali mengingatkan umat Islam bahawa aktiviti tarian dan senamrobik yang diiringi muzik rancak iaitu senaman zumba adalah haram.

Peringatan itu dibuat menerusi satu surat khas yang dikeluarkan bertarikh 19 Julai lalu.

Tindakan pengeluarkan surat peringatan itu dibuat berikutan senaman zumba kini semakin popular dan disertai umat Islam khususnya di Sabah.

Dalam surat pekeliling itu, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar menggesa umat Islam menjauhi senaman tersebut kerana terdapatnya unsur-unsur yang bertentangan syariat dan akhlak Islam.
“Antaranya seperti percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram, pakaian menjolok mata, pendedahan aurat, elemen erotik dalam tarian dan persembahan muzik yang keterlaluan,” katanya.

Pada April 2014, Mufti Sabah pernah mengeluarkan fatwa rasmi bahawa senaman zumba itu adalah haram.

Pun begitu, senaman zumba kembali popular sejak kebelakangan ini.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.