Header Ads

Twitter Kini Sudah 10 Tahun




Twitter hari ini secara rasminya menyambut ulang-tahun yang ke-10 mereka, sekaligus memperlihatkan perkhidmatan sosial yang memfokuskan penggunaan 140-aksara berkenaan kini telah beroperasi selama 10 tahun dalam membolehkan pengguna berinteraksi antara satu sama lain, ataupun menyampaikan sesuatu detik dalam sebuah Tweet yang ringkas.

Twitter telah dimulakan pada tahun 2006 yang lepas, dengan Jack Dorsey menghantar Tweet pertama melaluinya. Perkhidmatan ini telah dibangunkan oleh Jack Dorsey, Evan Williams, Biz Stone dan Noah Glass dan dilancarkan kepada umum pada Julai 2006. Pada mulanya, Twitter dibangunkan sebagai projek dibawah Odeo dan digunakan untuk interaksi antara satu sama lain di dalam syarikat berkenaan. Twitter kemudiannya ditubuhkan sebagai syarikat berasingan pada tahun 2007.

Pada mulanya, ia turut memfokuskan kepada penggunaan SMS untuk Twitter – membuatkan mereka mengehadkan penggunaan aksara kepada 140-patah perkataan. Namun, dengan lebih ramai yang mula menggunakan telefon pintar dan akses internet, maka sokongan SMS dihentikan secara berperingkat oleh Twitter.

Hari ini, pelbagai tokoh terkemuka dan selebriti menggunakan Twitter – malah ia telah menjadi salah satu tempat utama untuk rujukan berita mutakhir.

Twitter buat masa ini dilihat menghadapi masalah untuk meningkatkan angka pengguna mereka. Beberapa fungsi baru telah diperkenalkan pada perkhidmatan berkenaan akhir-akhir ini dalam usaha untuk menarik pengguna baru menggunakannya.

Apa pun, Selamat Hari Lahir, Twitter – dan sama-sama kita nantikan apa akan berlaku pada perkhidmatan sosial ini dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Sumber:Amanz.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.