Header Ads

Berdoa Depan Kaabah Mahu Enam Orang Anak, Ibu Seorang Anak Dikurniakan Kembar Lima



Siapa yang tak nak anak kembar kan? 



Bertuah sungguh si ibu, Lely Solihati yang berasal dari Cirebon, Jawa Barat, Indonesia ini kerana dikurniakan 5 orang anak kembar lelaki melalui satu proses pembedahan pada 10 Januari yang lepas.

Habibie Ahmad Akhbar, bapa kepada anak-anak kembar ini telah menamakan mereka mengikut singkatan A, I, U, E dan O untuk memudahkan mereka mengingati nama-nama si kembar ini.

Menurut laporan Siakap Keli, kisah si ibu melahirkan 5 orang anak kembar ini mendapat perhatian media di Indonesia apabila Lely bercerita tentang dia berdoa di hadapan Kaabah, minta dikurniakan 6 orang anak dan tidak lama selepas pulang dari Mekah beliau telah disahkan mengandung buat kali kedua dengan kembar 5 sekali gus.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.