'Mummy..Betul Ke Mummy 'Beli' Kami Dari JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
Kuala Lumpur: “Betul ke mummy beli kami daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)?” tanya Nurul Hajar Abdullah, 13, kepada ibu angkatnya, Halijah Johan, 42.
Pertanyaan itu diajukan Nurul Hajar seminggu selepas tinggal bersama hingga membuatkan Halijah terkedu kerana tidak menyangka ditanya soalan sedemikian.
Selain Nurul Hajar, dia turut mempunyai tiga anak angkat lain iaitu Muhammad Hilmi Abdullah, 6, Muhammad Haziq Abdullah, 9, dan Nurul Huda Abdullah, 14.
Halijah yang tidak mempunyai anak kandung itu berkata, semua anak angkatnya berasal daripada keluarga dan latar belakang berbeza.
“Muhammad Hilmi dan Muhammad Haziq diambil dan dijadikan anak angkat ketika mereka baru dilahirkan atas faktor kemiskinan keluarga kandungnya.
Post a Comment