Header Ads

Budak Meninggal Dipatuk Ular Selamat Dikebumikan



Jenazah anak-kanak berusia tujuh tahun, Nuri Nadirah Ruslan, yang meninggal dunia selepas dipatuk ular di kawasan taman mini Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Hashim 1 semalam telah selamat dikebumikan pada awal pagi ini, lapor Berita Harian.

Kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga telah hadir ke Tanah Perkuburan Islam Che Latiff pada jam 9.45 pagi tadi mengiringi jenazah sebelum dikebumikan.



Menurut ibu mangsa, Wan Nor Izzatul Azwana Wan Mohamad, 28, berkata, beliau redha dengan pemergian anaknya itu tetapi dalam masa yang sama melahirkan rasa kesal dengan penyebaran berita palsu yang mendakwa anaknya hidup semula sejak malam tadi.

"Hari ini, Alhamdulillah segala urusan pengebumian berjalan lancar. Hentikan segala penyebaran berita tidak berasas itu kerana ia bukan saja mengaibkan kami sekeluarga, malah hidup kami tidak tenang," katanya ketika ditemui selepas pengebumian itu.

Semalam dilaporkan, Nuri Nadirah Roslan telah pengsan di dalam kelas selepas dipatuk ular di betis kirinya ketika bermain di taman mini sekolah berhampiran dengan kelasnya.

Arwah dikatakan sempat meneruskan pembelajaran seperi biasa sebelum guru Pendidikan Islam menyedari mangsa pengsan di tempat duduknya pada jam 11 pagi.

Mangsa telah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat. - Siakapkeli.my



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.