Header Ads

Aksi Comel Adam Sinclair Buat Yuna Jatuh Hati 5 Tahun Yang Lalu




Yuna dan Adam Sinclair selamat bertunang selepas penyanyi tersebut mengesahkan perkara tersebut pada Sabtu. Dalam satu kenyataan akhbar, Yuna dan Adam bertunang dalam satu majlis tertutup di kediaman ibu bapanya di Shah Alam dan hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat. 

Yuna mula mengenali Adam, ketika di set rakaman untuk sebuah iklan televisyen pada awal tahun 2013. Pada mulanya mereka hanya berkawan biasa. 

Hubungan mereka semakin rapat malah Yuna dan Adam juga pernah 'muncul' dalam satu video klip arahan Adam iaitu lagu Wanita Terbahagia dari Bunga Citra Lestari yang juga merupakan kakak ipar kepada Adam Sinclair. Adam merupakan adik kepada pelakon Asyraf dan Aisyah Sinclair. 

Pada Mac 2017, Yuna mengesahkan hubungannya dengan Adam selepas festival musik Lovelifest. Keluarga Adam juga telah merisik Yuna pada bulan yang sama. Perkenalan selama 5 tahun cukup membuatkan Yuna jatuh hati kepada Adam. 

Yuna mengakui dirinya bukanlah seorang yang senang didekati, malah dia mempunyai banyak tanggungjawab tetapi Adam tetap berani untuk mengenali dirinya. Sikap Adam yang spontan dan mudah mesra dengan orang juga berjaya memikat hati Yuna. 

sumber: IG Yuna, AdamYousofunny


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.