Header Ads

Budak Sekolah Umur 11 Tahun Dah Pandai Buat Hubungan Intim, Guna Google Untuk Cari Bahan




Remaja zaman sekarang dilihat semakin berani mencuba perkara baru yang ditegah dalam Islam. Malah ada yang baru memasuki alam persekolahan tapi sudak faham apa itu hubungan intim sehingga akhirnya memudaratkan diri. 

Kisah yang dikongsi oleh Dr Nimelesh mengenai seorang remaja yang menhidapi penyakit HIV seawal umur 15 tahun amat membimbangkan. Ini apa yang dikongsi oleh Dr. berkenaan. 

'Senang Betul Budak Zaman Sekarang Cari Bahan Lucah'

Beberapa bulan lepas , saya dapat seorang pesakit kes hiv baru. Budak laki berumur 15 tahun. Pasangan nya - Banyak (multiple sexual partner)

"Adik, umur berapa u start menjalinkan hubungan intim?"

"Umur 11, Doktor".

"Macam mana u belajar macam mana nak buat benda mcm ini"

"Senang je Dr, senang nak cari bahan bahan kt internet terutamanya tumblr".

Betul apa yang dia ckp, Anda hanya perlu taip key words dia dlm Google, dan keputusan yang keluar - seperti dalam gambar di bawah.

Betapa senangnye budak zaman sekarang mencari bahan lucah!!

Adik adik saya - yang perempuan, Jangan percaya seseorang lelaki begitu sahaja. Dah banyak kes saya jumpa di mana budak perempuan tu hantar gambar gambar sekali/intim dan menjalankan hubungan intim di atas alasan "cinta".


'Ibu Bapa Tolong Tapis Internet Anak-Anak'

Percayalah, lelaki memang suka awek seksi tapi hanya untuk bercouple dan dibawa rempit. Kalau betul dia nak cari seorang untuk dijadikan calon isteri, dia akan pilih yang menutup aurat.

Untuk adik adik laki pula, hentikan lah membuang masa melayan benda benda lucah macam ini. Nanti masa depan awak yang akan hancur sekiranya awak terlanjur. Lebih baik gunakan masa tu untuk belajar dan beribadah.

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; … Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka Menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. …” (TQS. Al-Nur [24]: 30-31)

Ibu bapa, seperti yang saya beritahu- tolong aktifkan tapisan internet untuk anak anak kecil anda- kerana mereka masih tidak faham apa yang mereka lihat/tonton

Tolong report laman web sebegini ke MCMC supaya tindakan dapat diambil!

P.S : Untuk yang dah tua dan "matang" tapi masih melayan benda benda macam ini- kalau nak sangat tengok perempuan seksi- beli lah pakaian seksi , suruh isteri awak pakai di rumah! Ini isteri di rumah pakai kain pelikat!


FACEBOOK: HERBAL RIMBA


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.