Header Ads

Keluarga rayu tolong padam foto arwah‎



“Saya harap penyebar maklumat viral termasuk yang mempunyai gambar anak saya ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa kelmarin, tolonglah! padamkan semua gambarnya dan hentikan sebaran fitnah."

Itulah luahan Wan Nur Izatul Azwana Wan Mohamad, 28, ibu Nuriey Nadhirah Ruslan.



“Perkara seumpama ini pun boleh dipermainkan, sehingga menyebabkan saya dan keluarga terkesan selepas berita mengenai anak saya yang disahkan meninggal dunia bergerak dan hidup semula.

“Sepatutnya mereka doakan yang baik-baik untuk anak saya dan hentikanlah sebarkan berita palsu seumpama itu," katanya.

Wan Nur Izatul berkata, sehingga hari ini dia tidak lena tidur selepas sanak-saudara dan sahabat handai terus menerus bertanya mengenai maklumat dalam laman sosial WhatsApp itu yang tersebar.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ibu terkenang keriangan Allahyarham Nuriey‎]

“Tolonglah fikirkan perasaan kami yang baru sahaja kehilangan puteri kesayangan dan ini memberi tamparan hebat kepada kami sekeluarga.‎

“Buat masa ini saya harap pihak berkuasa dapat kesan penyebar maklumat ini agar tindakan sewajarnya dikenakan kepada mereka yang bertanggungjawab,” katanya.

Ditanya adakah dia ingin mengambil tindakan atau laporan polis, menurutnya setakat ini dia masih belum buat keputusan, namun berharap agar pihak terbabit dikenakan tindakan susulan.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.