Header Ads

Laporan polis terhadap 'Full Moon Beach Party' di Pulau Perhentian Kecil



Pemuda dan Puteri UMNO Besut serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah membuat laporan polis terhadap penganjuran pesta 'Full Moon Beach Party' di Pulau Perhentian Kecil kerana dikhuatiri akan mengundang pelbagai perkara negatif.



Mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut bagi meminta pihak berkuasa menghalang penganjuran pesta itu yang dikatakan akan diadakan pada 19 dan 20 April ini.

Ketua Pemuda UMNO Besut, Azizul Jasmi Mohamed berkata, pesta yang akan didakan di Long Beach, Pulau Perhentian Kecil itu dikhuatiri akan mengundang pelbagai perkara negatif terutamanya golongan remaja.

“Pada kebiasaannya di parti seperti itu akan dipenuhi dengan kegiatan meminum minuman keras, pesta liar antara lelaki dan perempuan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu, semalam.

Ketua Puteri UMNO Besut, Erniesalwani Saidi berkata, penganjuran pesta seumpama itu tidak sesuai dengan adat dan budaya tempatan serta ajaran Islam. 

Sumber : BERNAMA




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.