Header Ads

Reaksi Mengharukan Kanak-Kanak Autisma Ini Bikin 3 Juta Netizen Sebak



Sebuah video viral di media sosial yang memaparkan reaksi seorang kanak-kanak autisma menonton band kegemarannya, Coldplay mencairkan hati berjuta netizen di seluruh dunia.

Menerusi video yang dipaparkan, kelihatan Huillo Vazquez sangat terharu, sambil menahan air mata melihat band terkenal Dunia Coldplay menyanyikan lagu “ Fix You” disisi bapanya.


Sebagai penyanyi rock British Chris Martin menyanyikan lirik lagu  “tears stream down your face,” Bapa Huillo tidak dapat menahan sebak  dan terus mendakap serta mencium anaknya. Lirik yang ditujukan itu seolah-olah memberi maksud mendalam terhadap anaknya yang mempunyai autisma. 

Kanak-kanak autisma kebanyakannya bermasalah untuk berkomunikasi, dan sukar untuk berinteraksi dengan dunia di sekeliling mereka. Selepas konsert April 16 di Stadium Foro Sol Mexico, bapa kanak-kanak itu, Luis Vazquez  berkongi video yang dirakam dan memuat naik ke laman sosial Youtube Setakat ini video ini telah dilihat hampir 3 juta kali di YouTube, dan telah-telah dikongsi di Facebook dan Twitter secara meluas. Kumpulan Coldplay akhirnya berkongsi video tersebut dengan meletakkan kapsyen: “Tiada apa yang lebih berharga daripada melihat sesuatu yang paling bermakna ini”


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.