Header Ads

“Sedih… Tentulah saya rasa sedih. Ini syarikat yang saya dan isteri usahakan selama ini,” - CEO Rayani Air



“Sedih… Tentulah saya rasa sedih. Ini syarikat yang saya dan isteri usahakan selama ini,” demikian ujar pengasas syarikat penerbangan, Rayani Air, Ravi Alagendrran.

Beliau berkata demikian mengeluas mengenai situasi terkini yang melanda syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara itu.



Mengakui sudah sembilan tahun berhempas pulas membangun dan memastikan Rayani Air berada pada kedudukannya, Ravi berkata, usahanya tidak akan terhenti begitu sahaja, sebaliknya beliau akan terus berusaha membangunkan semula syarikat penerbangan tersebut.

“Masalah Rayani Air berpunca daripada kegagalan dua pesawat untuk berfungsi pada musim cuti sekolah lalu, penerbangan yang dijadualkan terpaksa ditunda dan sebagainya,” ujar beliau.

Kata Ravi, berikutan daripada insiden itu, penumpang dan pelanggan hilang kepercayaan terhadap perkhidmatan syarikatnya.

Bukan itu sahaja katanya, rentetan demi rentetan insiden dan spekulasi mula dibangkitkan serta disebarkan netizen menerusi laman sosial, menyebabkan kredibiliti syarikat tersebut terjejas teruk.

“Keadaan semakin meruncing apabila juruterbang kami mula mogok tidak mahu terbangkan pesawat dan ia menyebabkan pelabur menarik diri daripada syarikat kami.

“Bagaimanapun kami sedar apa yang sedang berlaku dan kami sentiasa mengambil peluang untuk memperbaiki kelemahan kami,” katanya ketika ditemui Sinar Online.

Menurutnya lagi, meskipun terpaksa membekukan operasi buat sementara waktu, syarikatnya kini giat mengambil langkah pemulihan segera bagi memastikan Rayani Air kembali beroperasi.

“Kami sudah bekerjasama dengan syarikat pelaburan baharu dan buat masa sekarang, ia masih di dalam perbincangan. Saya tidak boleh dedahkan apa-apa lagi.

“Tetapi kami akan buat yang terbaik dan akan maklumkan keputusannya dalam masa seminggu lagi,” katanya lagi.

Sumber : SH


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.