Header Ads

5 Sebab Kenapa Usahawan Baru WAJIB Hadir SMIDEX’16 di Pusat Konvensyen KL 17-19 Mei Ini !



Pameran Tahunan PKS, atau lebih dikenali sebagai SMIDEX telah dianjurkan semenjak 1997 dan tahun ini merupakan penganjuran kali ke-18. SMIDEX’16 akan dianjurkan dari 17 hingga 19 Mei 2016 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan bakal dihadiri oleh YAB Timbalan Perdana Menteri sebagai tetamu kehormat pada 19 Mei 2016.

1. Membantu PKS memasarkan produk mereka.

SMIDEX’16 memberi peluang kepada PKS mempamerkan produk dan perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah yang tinggi, kreativiti dan inovasi yang boleh ditawarkan kepada syarikat-syarikat dan para pelawat yang menyertai dan mengunjungi pameran ini.


2. Paparkan sejarah dan transformasi SME Corp

Antara yang menarik juga tahun ini, terdapat juga ruang pameran khas dalam SMIDEX’16 yang bakal memaparkan sejarah, perjalanan dan transformasi SME Corp. Malaysia sejak penubuhannya pada Mei 1996, dengan nama SMIDEC, seiring dengan sambutan ulangtahun SME Corp. Malaysia yang ke-20.

3. Ruang untuk demonstrasi dan pembentangan produk

Satu lagi keistimewaan yang diwujudkan tahun ini adalah lokasi “hot spot” yang menyediakan ruang kepada PKS untuk membuat demonstrasi dan pembentangan produk atau pelancaran produk mereka.

4. Peluang Peniaga Kecil Dan Sederhana jalinkan usahasama dengan syarikat besar

Seperti tahun-tahun sebelumnya, salah satu aktiviti utama semasa SMIDEX berlangsung adalah sesi Pemadanan Perniagaan yang diatur sepanjang tiga hari pameran. Objektif utama sesi ini adalah untuk menyediakan saluran jalinan perniagaan strategik dan rangkaian serta prospek penyumberan luar (outsourcing) antara PKS dengan syarikat besar, MNC dan GLC. Antara syarikat besar, MNC dan GLC yang akan turut serta dalam sesi pemadanan perniagaan SMIDEX’16 adalah:

i) Mydin Mohamed Holdings Bhd
ii) Telekom Malaysia (TM)
iii) Perodua Manufacturing
iv) GCH Retail (M) Sdn Bhd (GIANT)
v) AEON Big (M) Berhad
vi) Rafale International dan beberapa syarikat besar lain lagi.

Selain itu, 57 syarikat dari negara Jepun, Korea dan UAE juga telah mengesahkan penyertaan dalam sesi pemadanan perniagaan kali ini.

5. 'Pocket Talk' sesi bersama pakar dalam bidang berkaitan 

Satu lagi aktiviti utama semasa SMIDEX’16 adalah Pocket Talk, sesi perkongsian maklumat yang memberi fokus kepada kumpulan audien yang kecil. Sesi Pocket Talk ini menyediakan ruang bagi usahawan, pakar-pakar bidang berkaitan, ketua industri dan golongan profesional untuk berkongsi maklumat, pengetahuan, pengalaman dan idea-idea perniagaan. Tahun ini, antara topik yang akan dibincangkan adalah pembiayaan bagi perniagaan baru mula (start-up) dan perniagaan atas talian (on-line business).  Antara penceramah yang telah mengesahkan penglibatan mereka :


i) Datin Paduka Shuhaimi Baba, Persona Pictures Sdn. Bhd.
ii) Adrian Foong, Lelong.Com.my
iii) Leo Shimada, Crowdo Malaysia
iv) Bella Amara
v) Zawara
vi) C.K. Wong, eCommerceMILO Blog dan beberapa penceramah jemputan lain.

Untuk maklumat lanjut layari http://www.smidex.my/



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.