Lebih 70 Ekor Ulat Hidup Dalam Telinga Anak Berusia 4 Tahun Ini!
INDIA - Sebanyak 80 ekor ulat dikeluarkan dari telinga seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun, setelah mengadu sakit dan gatal di bahagian telinga kirinya sejak seminggu lalu, lapor Daily Mail.
Rahdhika Mandloi, pada awalnya mengadu berasa tidak selesa dan gatal di bahagian telinga kiri sejak seminggu lalu menyebabkan Radhika kerap menangis tanpa henti. Bingung dengan keadaan Radhika, ibubapanya terus membawa Radhika ke hospital untuk pemeriksaan.
Doktor Raj Kumar Mundra yang memeriksa Radhika, terkejut apabila mendapati sejumlah besar kehadiran ulat dan larva di dalam telinga kanak-kanak itu.
"Saya sangat terkejut, ini kali pertama saya melihat begitu banyak ulat dan larva di dalam telinga manusia," katanya.
Jelasnya, ulat yang menghuni telinga Radhika adalah jenis yang mudah tertarik dengan bau busuk dan hidup dalam persekitaran yang tidak bersih. Difahamkan, keluarga Radhika tinggal di kawasan yang tidak terjaga kebersihannya dipercayai punca kepada masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak berkenaan.
Tegas doktor berkenaan, jika telinga Radhika tidak diberikan rawatan segera, ulat tersebut akan mula memakan otaknya dan mendatangkan bahaya kepada Radhika.
Doktor menjalankan dua pembedahan terhadap Radhika di mana pembedahan pertama yang mengambil masa 90 minit, berjaya mengeluarkan 70 ekor ulat. Manakala pembedahan kedua mengeluarkan saki baki ulat yang menghuni telinga Radhika.
Lapor Daily Mail, Radhika masih ditahan di hospital, di bawah pemerhatian khas oleh doktor selama seminggu bagi memastikan kanak-kanak itu benar pulih.
Justeru, Doktor Raj Kumar Mundra menasihatkan, ibu bapa perlu menjaga kebersihan telinga anak mereka. Jika terdapat cecair keluar dari telinga, jangan dibiarkan kerana ia boleh menarik perhatian serangga seperti larva yang boleh membiak dengan pantas. Sebaik-baiknya, hantar anak ke hospital untuk mendapat rawatan segera.
Post a Comment