Header Ads

Adik Anwar Ibrahim Meninggal Dunia [Al - Fatihah]



Adik kepada bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan meninggal dunia pada malam tadi.

Perkara itu disahkan menerusia akaun Facebook kartunis, Zulkiflee SM Anwar atau lebih dikenali sebagai Zunar.


"Hajah Rehan Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Mak Lang yang juga adik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meninggal dunia.

"Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga dan semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman. Harap adinda ku, Zarerah Hanim bersabar hadapi dugaan kehilangan orang tersayang," katanya.

Status itu juga memberitahu, jenazah akan dikebumi selepas Zohor hari ini.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.