'Bisnes Yang dilakukannya Saya Anggap Tidak Elok kerana Kelab itu Arak - Bekas Abang Ipar Awie
Bekas abang ipar kepada penyanyi rock kumpulan Wings, Awie memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini bahawa penyanyi itu ada membuka perniagaan kelab malam di Ipoh, Perak yang didakwa hasil yang tidak baik untuk diberi makan kepada keluarga.
Othman Misbun, 41, yang merupakan pengarah sebuah syarikat penerbitan drama dan filem berkata, dia pernah pergi ke kelab malam tersebut yang dinamakan Malai Rock Station Bistro itu kira-kira empat tahun lalu.
"Saya pernah pergi ke kelab malam itu sebanyak dua kali yang mana sekali saya memasuki kelab malam itu manakala sekali lagi saya hanya melalui kelab tersebut.
"Pada pandangan saya, bisnes yang dilakukannya (Awie) saya anggap tidak elok kerana kelab itu menyediakan arak yang haram disisi agama apabila antara sumber itu diberi kepada anak-anaknya," katanya di hadapan Hakim Syarie Ibrahim Deris berhubung kes hadanah (penjagaan anak) di sini hari ini.
Othman berkata demikian selepas disoal peguam Jamal Mohd. Lokman Sulaiman yang mewakili adiknya, Rozana yang juga plaintif ketika ditanya aktiviti penyanyi itu selain menyanyi dan berlakon.
Bagaimanapun dalam prosiding hari ini, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman tidak hadir di mahkamah kerana tidak sihat. - K! ONLINE
Post a Comment