Header Ads

ASKEM Temui Wang Tunai RM 2.4 Juta !!



Dua lelaki ditahan selepas anggota Agensi Keselamatan Sempadan (AKSEM) Padang Besar menemui sejumlah wang tunai sebanyak RM2.4 juta dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Chuping, di sini, petang semalam.


Sumber berkata, wang itu ditemui pada 6.30 petang di satu sekatan jalan raya di KM 24 Jalan Ulu-Padang Besar-Padang Besar apabila anggota AKSEM ternampak sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Audi Q7 sedang menghampiri sekatan jalan raya berkenaan.

“Terdapat dua lelaki dalam kenderaan itu yang dipandu dari Padang Besar ke Chuping dan kedua-dua mereka dilihat berada dalam keadaan mencurigakan apabila seolah-olah cuba memperlahankan kenderaan untuk mengelak dari terus menuju ke sekatan jalan raya itu,” katanya.

Anggota AKSEM menahan kenderaan itu sebelum melakukan pemeriksaan ke atas pemandu dan penumpang kenderaan itu.

“Hasil pemeriksaan pada kenderaan itu menemui dua kotak berlabel jenama kopi di bahagian belakang kenderaan itu dan apabila diperiksa kandungannya, mereka menjumpai 48,000 keping not RM50 yang diletakkan dalam kedua-dua kotak berkenaan,” katanya.

Jumlah keseluruhan wang berkenaan adalah RM2.4 juta.

Sumber berkata, wang tunai itu adalah tulen dan mahu dibawa ke Pulau Pinang untuk tujuan tertentu.

“Bagaimanapun, suspek gagal menjelaskan dari mana sumber wang itu diperoleh,” katanya.

Suspek berusia 54 dan 19 tahun dan berasal dari Taman Singgahsana, Padang Besar itu kemudian dibawa ke Pejabat AKSEM Chuping sebelum diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Perlis untuk siasatan lanjut.

Komander AKSEM Perlis, Deputi Superintendan Syed Basri Syed Ali ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan penangkapan kedua-dua supek itu

Kes disiasat dibawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLATFAPUAA) 2001.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.