Header Ads

Awie Mengaku Bersalah, Didenda RM2000



Pelakon dan penyanyi rock, Awie didenda RM2,000 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan mendatangkan kecederaan terhadap bekas isterinya, Rozana Misbun dua tahun lalu. 



Pemilik nama sebenar Ahmad Azhar Othman, 48, itu membuat pengakuan tersebut ketika kes disebut untuk perbicaraan hari pertama, hari ini. 

Mengikut pertuduhan pindaan itu, Awie didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap Rozana, 38, di kaunter PNB Jalan Tun Razak di sini pada pukul 3 petang, 2 Jun 2014. 

Pertuduhan terhadap vokalis kumpulan Wings itu dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE 


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.