Header Ads

Beras Bertaburan Atas Jalan, Orang Ramai Kerumuni Kawasan



Orang ramai mengerumuni kawasan Jalan Parit 4, Sekinchan di sini, apabila sebuah lori membawa muatan beras mengalami kerosakan di dinding lori dan beras dibawa bertaburan atas jalan, kira-kira 7 pagi tadi.


Jurucakap bomba berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Karang bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 7 pagi.

"Operasi membersihkan jalan yang dipenuhi beras di dua kawasan berasingan pada jarak 500 meter itu bagaimanapun terganggu kerana tindakan puluhan orang awam mengutip beras berkenaan.

"Kami mendapati ada yang meletak kenderaan mereka berhampiran lokasi sehingga menyukarkan kerja bomba untuk membersihkan kawasan terbabit," katanya.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa berlaku dan kerja pembersihan menggunakan siraman air mengambil masa hampir sejam berikutan saiz kawasan agak luas selain tindakan orang awam mengutip beras itu.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.