Header Ads

Terkini !! Pesawat EgyptAir Sah Terhempas



Kaherah - Pegawai jabatan penerbangan Mesir sebentar tadi menyatakan pesawat EgyptAir dari Paris ke Kaherah yang membawa 68 penumpang terhempas dan geakan mencari serpihan pesawat itu sedang dijalankan.


Menurut pegawai terbabit yang enggan dikenali, kemungkinan pesawat berkenaan terhempas sudah disahkan pihak yang berkenaan kerana ia tidak mendarat di sebarang lapangan terbang.

Menurut EgyptAir, pesawat Airbus A320 Penerbangan 804 itu membawa 30 rakyat Mesir, 15 Perancis, dua Iraq dan masing-masing seorang dari Algeria, Britain, Belgium, Kanada, Chad, Kuwait, Portugal, Arab Saudi dan Sudan.

Menurut akhbar milik kerajaan Mesir, Ahram, juruterbang pesawat itu tidak membuat sebarang panggilan kecemasan dengan perhubungan terakhir dengan pesawat itu ialah 10 minit sebelum hilang dari radar.

Pesawat terbabit terbang pada ketinggian 11,280 meter, hilang kira-kira 130 kilometer sebelum ia memasuki ruang angkasa Mesir.

Menurut flightradar24.com, kedudukan terakhir pesawat pada radar ialah ruang udara Laut Mediterranean.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.