Header Ads

Berhenti Dari Mengguna Laluan Kecemasan, Jangan Jadi Pembunuh! - Luahan Saksi



Kami yakin semua pengguna jalan raya tahu yang lorong kecemasan hanya untuk penggunaan pihak berkuasa sekiranya berlaku kecemasan. Kenderaan lain selain motosikal tidak boleh menggunakan laluan tersebut.

Biasalah, benda yang kita kata jangan buat itulah yang orang ramai nak buat. Padahal perkataan ‘jangan’ itu saja dah bermaksud tak boleh. Boleh dikatakan ramai pengguna jalan raya yang bersifat pentingkan diri sendiri menggunakan laluan kecemasan sehingga menyebabkan kes seperti ini berlaku. 


Baru-baru ini satu kemalangan telah berlaku berhampiran susur keluar tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka. Kemalangan ini menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal ini cedera parah selepas mereka melanggar sebuah kereta rosak dan mereka memerlukan rawatan secepat mungkin.


Disebabkan terlalu ramai pengguna jalan raya yang jenis pentingkan diri sendiri telah menggunakan lorong kecemasan, pihak ambulans telah mengambil masa lebih dari 3 jam untuk sampai ke lokasi kemalangan.

Luahan seorang saksi yang berada di lokasi kemalangan, Mohd Zulhairi Shariff di Facebooknya diharap dapat membuka mata pengguna-pengguna jalan raya agar berhenti menggunakan laluan kecemasan ini. Jadilah pengguna jalan raya yang bertanggungjawab dan mematuhi undang-undang!

Sumber: FB Mohd Zulhairi Sharif


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.