Header Ads

'Bidadari' Dijumpai Di Lautan Adalah ...



Seorang nelayan menyangka patung yang dijumpainya terapung di lautan selepas gerhana matahari di Indonesia baru baru ini adalah bidadari.



Pardin, 21, menyelamatkan 'bidadari' tersebut dan membawa pulang ke rumah malah ibunya turut menjaganya seperti manusia dengan memakaikan baju dan mengenakan hijab serta didudukan di atas kerusi.

Cerita mengenai penemuan di sebuah perkampungan kecil di pulau Banggai tengah Sulawesi turut ditokok tambah malah ada yang mendakwa bidadari kanak-kanak ditemui terdampar dan menangis.

Memetik Metro.UK, pihak polis menjalankan siasatan selepas mengetahui penemuan tersebut.

"Kami kemudiannya membuat pemeriksaan dan mendapati ia adalah sebenarnya patung seks," kata Ketua Polis tempatan, Heru Pramukarno.

Heru berkata, polis mengambil patung berkenaan untuk mengelakkan kontroversi yang lebih buruk.

Sumber : Sinar Harian


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.