Header Ads

Doktor Terkejut, Bayi Baru Dilahirkan Ada 'Ekor' 15sm



Doktor di Sichuan, China, terkejut apabila menemui ekor berukuran 15 sentimeter (sm) di punggung seorang bayi lelaki ketika dilahirkan. 


Ketumbuhan seakan lebihan daging itu menyerupai ekor tikus dan dikatakan boleh digulung dan ditegakkan sendiri. 

Menurut China Daily, bayi itu digelar Monyet Kecil dan Tikus Kecil. Bayi lelaki itu yang kini berusia 11 bulan, baru-baru ini menjalani pembedahan membuang apendiks di Hospital tenggara di Chongqing. 

Bagaimanapun, ibunya berkata kepada Chongqing Evening Daily bahawa pemeriksaan pranatal tidak menunjukkan sebarang kejanggalan. 

Walaupun kanak-kanak itu berkelakuan seperti bayi lain, keluarganya menyedari kakinya agak lemah apabila menendang. 

Pakar bedah bayi itu menambah, jika tidak dirawat ia akan menyebabkan anggota badan yang lebih rendah membesar secara tidak normal dan akhirnya membawa kepada lumpuh dan masalah dengan sistem perkumuhan. 

Kecacatan tiub neural biasanya dikaitkan dengan kekurangan asid folik pada wanita hamil. - Agensi




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.