Header Ads

Eira Syazira Isteri Azad Jazmin Hamil 2 Bulan




Tahniah diucapkan kepada pelakon, Eira Syazira dan suami, Azad Jazmin yang kini disahkan hamil dengan usia kehamilan mencecah 2 bulan. Menerusi laman sosial, beliau telah mendedahkan berita kehamilannya itu dan berkongsi kegembiraan bersama semua peminatnya.

Bagaimanapun, buat masa ini Eira masih belum memberikan sebarang komen mengenai berita itu dan hanya sekadar berkongsi di laman sosial sahaja. Namun pada masa yang sama, peminat turut tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada dan mendoakan kesejahteraan pasangan itu.

Eira Syazira dan Azad Jazmin telah mendirikan rumah tangga pada 16 September 2011 selepas menjalinkan hubungan cinta selama 3 tahun. Hasil perkahwinan bahagia itu, mereka telah di kurniakan seorang cahaya mata perempuan, Amarra Sofea Rose yang kini berusia 3 tahun.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.