Header Ads

Google Memperkenalkan Papan Kekunci Untuk iPhone – GBoard



Google hari ini telah memperkenalkan aplikasi baru untuk pengguna iOS, iaitu sebuah papan kekunci yang turut mengintegrasikan sokongan carian. Google menamakan ia sebagai Gboard, dan boleh dimuat-turun secara percuma melalui Apple AppStore.

Google mengatakan ada masanya yang ketika kita bersembang dengan rakan-rakan, kita akan perlu mencari maklumat tambahan, seperti alamat sesebuah lokasi, video untuk dikongsikan, atau contoh gambar. Ini memerlukan pengguna untuk meninggalkan aplikasi permesejan berkenaan dan membuka aplikasi pelayar web atau yang lain untuk mencari maklumat berkenaan.


Gboard memudahkan proses berkenaan dengan terus mengintegrasikan sokongan carian pada papan kekunci berkenaan. Pengguna boleh melakukan carian yang diperlukan terus padanya, dan menghantar hasil carian kepada rakan serta-merta.

Papan kekunci ini juga turut menyertakan sokongan menaip dengan pantas seperti terdapat pada beberapa aplikasi yang lain yang mana Google memanggilnya sebagai Glide Typing. Selain itu, pengguna juga turut boleh membuat carian GIF dan berkongsi dengan rakan yang lain terus tanpa perlu meninggalkan aplikasi berkenaan.

Bagi anda yang menggunakan iPhone, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma dari AppStore sekarang. Pihak Apple hanya menerbitkan ia pada AppStore di Amerika Syarikat sahaja, dan mungkin diperluaskan ke semua pasaran secara berperingkat.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.