Ijoy Mushiro Dan Pian K-pop 'BATAK POPULARITI' ??
Ijoy Mushiro adalah seorang (yang boleh dikatakan) seorang komedian (pelawak)
yang lahir hanya melalui Facebook.
Cara Ijoy Mushiro mula menjadi perhatian dan tarikan orang ramai adalah sama
seperti Amran yang naik namanya secara tiba-tiba.
Namun, Ijoy Mushiro tidak seperti Amran yang sentiasa mengutuk orang-orang yang
terlibat dengan isu semasa, politik, viral dan sebagainya.
Ijoy Mushiro yang
terkenal dengan lawak bodohnya itu mampu mencapai tahap yang agak tinggi setelah berjaya
menarik perhatian Dato' Aliff Syukri (pemilik dan pengasas produk kecantikan D'Herbs) dan
menerima tawaran sebagai pelakon dalam iklan untuk mempromosikan produk D'Herbs.
Dia juga
dikenali sebagai Mellissa yang berpakaian seakan-akan wanita ketika waktu penggambaran
iklan D'Herbs.
Terkini dia sudah menjadi talent untuk Viral Media SDN BHD.
Terbaru, tengah viral sekarang Pian Kpop atau nama sebenar Suffian Muhammad. Sekarang akaun peribadi Facebook dia sudah mempunyai lebih 30k pengikut. Pian banyak berkongsi video berkisar kepada kehidupannya.
Walaupun ramai yang benci dan menyampah melihat video yang dihasilkannya, pengikutnya tetap meningkat hari demi hari.
Pelakon Diana daniel turut berkongsi videonya di Facebooknya :-
Adakah kedua dua mereka ini menjana pendapatan dengan membuat video lawak 'bodoh' dan dibenci ini ?
Sebenarnya ya ! Ini buktinya..
Ijoy mushiro melalui instagramnya banyak menerima tempahan untuk review produk daripada orang perseorangan dan kedai. Ini adalah contoh review yang dibuat olehnya.
Begitu jugak dengan Pian Kpop, baru tiga bulan viral di Facebook, dia menerima banyak tempahan untuk review produk di negeri kelahirannya Kelantan.
Post a Comment