Header Ads

Syamsul Yusof Nafi Dakwaan Dialog Didalam Filem Munafik Seru Syaitan



Beberapa hari lepas, seorang pengguna Facebook mendakwa dialog yang didalam filem Munafik adalah ayat yang sebenar digunakan untuk menyeru syaitan. Individu itu juga memberikan amaran kepada orang ramai untuk tidak menonton filem tersebut di rumah.

Perkara itu menjadi viral di media sosial dan ramai yang tertanya-tanya adakah dakwaan itu benar? Menerusi akaun Instagram Syamsul, beberapa pengikut beliau memenuhi ruang komen bagi mendapatkan penjelasan sebenar daripada pengarah filem Munafik itu sendiri.



Tidak mahu orang ramai terus salah faham dan mencetuskan spekulasi, Syamsul telah tampil menjelaskan hal sebenar. Menurut Syamsul,  ayat yang digunakan adalah rekaan semata-mata dan ia bukan mantera yang sahih.




Pada masa yang sama Syamsul memberitahu sebagai seorang Muslim, janganlah terlalu taksub ataupun percaya terhadap sesuatu perkara.




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.