Header Ads

Nenek Suruh Cucu Buang Air Kecil Atas Lantai Kabin Pesawat



Seorang nenek menyebabkan kekecohan dalam satu penerbangan di China baru-baru ini apabila menuruh cucunya membuang air kecil di atas lantai kabin. Gambar insiden itu dimuat naik ke Internet oleh salah seorang penumpang yang merupakan penerbangan dari Zhengzou ke Beijing.

Penumpang itu menceritakan yang cucu nenek itu memberitahu mahu buang air kecil. Bagaimanapun, nenek itu tidak membawa cucunya ke tandas. Sebaliknya, dia membuka seluar cucunya. Beberapa saat kemudian, penumpang lain terdengar bunyi anak kecil itu buang air kecil di lantai.



Netizen berasa jijik dengan kejadian itu. Salah seorang dari mereka berkata:

Untuk sesetengah rakyat senegara, di mana pun boleh jadi tandas mereka. Anak kecil itu juga akan membesar dengan pemikiran sama kerana dididik sebegitu.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.