Header Ads

Pasangan Warga Emas Berusaha Dapatkan Zuriat Demi Harta Peninggalan Bapa RM 2.91 Juta



Satu pasangan yang memperoleh anak sulung pada usia lebih 70 tahun mungkin mahu mempunyai cahaya mata bagi melengkapkan hidup mereka.

Mohinder Singh Gill, 79, dan isterinya, Dalijinder Kaur, 72, selamat melahirkan anak lelaki pada 19 April lalu selepas menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF).


Bagaimanapun, Mohinder mengakui dia berusaha selama 47 tahun untuk mendapatkan anak bukan sahaja demi melengkapkan keluarganya, tetapi juga bagi menuntut sebahagian harta peninggalan mendiang bapanya.

Menurutnya, dia berusaha selama 40 tahun untuk menamatkan pergelutan undang-undang dengan keluarganya bagi menuntut sebahagian harta berjumlah £500,000 (RM2.91 juta).

“Mendiang bapa cuba meminggirkan saya daripada menerima sebahagian hartanya dengan alasan saya tidak mempunyai anak,” katanya.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.