Header Ads

Penyokong Kedah Bersama Dato Aliff, Kecam Ahmad Bashah - Isu Tolak Tajaan RM30 Juta





“Jujur sebenarnya saya amat kecewa sebab pengumuman dibuat secara tiba-tiba tanpa pengetahuan saya langsung!"


Itu luahan Pengarah Urusan D'Herbs Holding (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman melalui laman Facebook apabila Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menolak tajaan syarikatnya sebanyak RM30 juta petang semalam.

Beliau berkata, pengumuman itu dibuat tanpa pengetahuannya dan tidak adil untuk dirinya yang sudah meluangkan banyak masa sehingga peringkat terakhir perbincangan.

"Sedangkan sebelum ini kenapa kita boleh berbincang dengan baik dan bersama tetapi kali ini terus dibuat tanpa pengetahuan saya dan saya merasakan adalah tidak adil untuk saya," katanya.

Walaupun terkilan dengan tindakan KFA itu, beliau tidak kecewa kerana tidak dapat menaja pasukan Helang Merah itu.

Isu penolakan tajaan kepada Kedah, Netizen turut kecewa dan menyalahkan Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah.







Baru sebentar tadi tersebar satu surat perjanjian di media sosial kononnya penolakan tersebut berikutan antara syarat-syarat yang dikemukan kepada KFA adalah supaya kerajaan Kedah supaya memberi 2 lot tanah negeri di Pokok Sena seluas 150 ekar dengan anggaran keseluruhan sekitar RM 80 Juta.



 Turut dimunaik di Facebook : Kedah FA - Persatuan Bolasepak Kedah :-


Apa pun kita masih belum mendengar penjelasan sebenar daripada pihak Dato Aliff Syukri mengenai isu tersebut, esok. Tidak adil untuk kita menghukum dengan hanya mendengar daripada sebelah pihak sahaja.




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.