Header Ads

Saharul Ridzwan Buat Muka Bila Ditegur Pengarah?



Menerusi ruangan Poklip di portal Utusan Online, khabarnya ada penerbit yang meluahkan rasa sakit hati beliau apabila mengenangkan sikap Saharul yang didakwa sudah semakin menjadi-jadi dan berlagak.

Semuanya bermula apabila seorang pengarah menegur cara Saharul berlakon dan aktor itu terus buat muka saat ditegur. Malah, Saharul tidak mengendahkan teguran berkenaan dan terus  bermain dengan telefon bimbitnya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.


Bukan itu sahaja, Saharul juga dikatakan suka mereka pelbagai alasan seperti kereta rosak dan orang meninggal kerana malas untuk menjalani penggambaran. Nyata, Saharul sudah berani menunjukkan belangnya sekarang.

Penerbit itu berpendapat, dengan perangai Saharul yang bongkak beliau tidak mungkin boleh pergi jauh dalam industri.

Sumber Berita : Utusan Online


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.