Header Ads

(VIDEO) Mati Kemalangan Akibat Pemandu Celaka Guna Lorong Kecemasan



Kelmarin kira-kira jam 3.30 petang telah berlaku kemalangan berhampiran susur keluar tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka, di mana dua orang penunggang dan pembonceng motosikal yang merupakan adik dan abang telah terlanggar sebuah kereta rosak.
Kemalangan menyebabkan kedua-dua mereka mengalami cedera parah dan memerlukan rawatan secepat mungkin.

Namun, kerana dek sifat tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sesetengah pemandu kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan menyebabkan pihak ambulan telah tiba begitu lewat sehingga 3 jam.
Dikhabarkan kedua adik beradik yang terlewat menerima rawatan sepatutnya angkara pemandu-pemandu yang tidak bertanggungjawab ini telah meninggal dunia di Hospital Seremban semalam.

Kepada mereka yang memandu kenderaan menggunakan lorong kecemasan yang menyebabkan ambulans lambat sampai untuk memberi rawatan kepada mangsa, anda adalah pembunuh.
Berikut adalah luahan Mohd Zulhairi Shariff yang merupakan seorang saksi yang berada ditempat kejadian.

PEMBUNUH!

Sesapa yg ikut plus arah utara area lps tol simpang ampat ptg td mesti sangkut jem trok kn. Sesapa yg ikut lorong kecemasan time tu, dukacita aku nk maklumkn bahawa korg adalah PEMBUNUH. 

Ya pembunuh, tp jgn risau sbb kemungkinan besar korg xkn kena tangkap dan hukum gantung. Tp pasti ada balasan utk korg kalau x di sini, mesti di sana nnt akan diadili seadil2nya.

Kepada PEMBUNUH2 yg terlibat, aku nk cerita jenayah korg so baca dan hadam betul2. Buat yg lain ambil pengajaran dan jgn sesekali jadi PEMBUNUH mcm diorg.
Eksiden tu jadi betul2 dpn kereta aku. Alhamdulillah masih ada jarak selamat so aku x terlibat secara langsung. Ceritanya moto LC150 yg dinaiki oleh 2 beradik tu terlanggar belakang iswara yg rosak dan diletakkan di lorong kecemasan. 

Impak perlanggaran tu menyebabkn diorg tercampak ke lorong tengah lebuhraya. Lori sayur yang berada di belakang diorg mengelak dan menyebabkn lori tu terbalik melintang lorong tgh dan lorong kanan. Uncle yg bwk lori sayur tu xmengalami sebarang kecederaan. Pujian harus diberikn kpd dia sbb dpt mengelak 2 org rider tersebut smp dia sendiri terbalik.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.