Header Ads

Air Nabeez ? Amalkan Minum Air Ini Ketika Bersahur & Lihatlah Hasilnya..



Air nabeez adalah pemakanan Nabi Muhammad s.a.w. Rendam kurma dengan air masak malam ni. Sahur esok minum. Insyaallah, perut mampu bertahan. Buat ni untuk sekali minum je ye. Jangan simpan lama lama sangat. Nanti masam dah tak boleh minum.


Cara-caranya:

1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dlm 500ml ke 1liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik carik isi kurma. Ada juga yg guna kismis tapi jangan campur ye. Kalau buat kurma, kurma je. Kalau kismis, kismis je.

2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.

3. Sahur esok air tu dah boleh diminum.

4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari2 lain walaupun bukan di bulan ramadhan. Amalkan masa perut kosong.

Selamat mencuba dan jgn lupa SHARE kan moga bermanfaat.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.