Header Ads

Gambar Keadaan Dalam Pesawat MAS Alami Gegaran Udara, Penumpang Cedera Ringan



Beberapa penumpang dan anak kapal cedera ringan apabila pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) MH01 dalam penerbangan dari London menuju ke Kuala Lumpur mengalami gegaran udara yang teruk ketika berada di ruang udara Teluk Bengal, semalam.

Pesawat jenis Airbus A380 itu, bagaimanapun, selamat mendarat bersama 378 penumpang dan anak kapal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada pukul 6 petang semalam.

Menurut kenyataan MAB, sejumlah kecil penumpang dan anak kapal yang cedera diberi rawatan oleh pegawai perubatan sebaik pesawat itu mendarat di KLIA.


Tujuh imej yang telah dikongsi di Facebook dan Whatsapp, menunjukkan troli makanan bertaburan di lantai dan laluan manakala unit ruang menyimpan barangan kecil kelihatan retak.


Penumpang yang cedera semasa pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) MH01 mengalami gegaran udara ketika penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibawa ke Bahagian Kecemasan dan Trauma, Hospital Putrajaya, Ahad malam.










No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.