Header Ads

Bapa Durjana ! Rogol Anak Tiri Sejak Dua Tahun



Kakishare.my - Lelaki ditahan di Pulai, 5 petang semalam selepas dipercayai rogol anak tiri berusia 13 tahun sejak dua tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Baling, Superitendan Shariffuddin Yusuf berkata, suspek berusia 46 tahun dipercayai memaksa mangsa melakukan hubungan seks sejak dia berusia 11 tahun.


Menurutnya, mangsa yang belajar di sekolah menengah agama yang tidak tahan diperlakukan sedemikian rupa mengadu kepada guru sekolahnya mengenai kejadian itu.

"Selepas diberi kaunseling dan nasihat mangsa mengadu kepada ibunya sebelum membuat laporan polis, petang semalam.

"Sebaik menerima laporan kita menahan suspek di rumahnya untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, untuk menjalani pemeriksaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan dan suspek direman seminggu bagi bantu siasatan," katanya. 


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.