Header Ads

Dua Maut Lima Cedera Kemalangan 14 Buah Kenderaan



Kakishare.my - Dua maut manakala lima cedera dalam kemalangan membabitkan 14 kenderaan di Kilometer 406 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Tanjung Malim, 9.37 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, kemalangan membabitkan 11 kereta dan tiga lori.


Menurutnya, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dan BBP Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi pada 10.23 pagi untuk melakukan kerja menyelamat.

"Setakat ini dua disahkan maut manakala lima lagi cedera.

"Pihak kami kini sedang giat membantu menyelamatkan mangsa lain," katanya.

Sementara itu, semua lorong laluan ke ibu negara mengalami kesesakan berikutan kerja menyelamat sedang dijalankan dan pengguna dinasihatkan menggunakan jalan alternatif.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.