Header Ads

Guru Tahfiz Terlampau, Rangsang Anak Murid



Kakishare.my - Seorang lelaki dipercayai tenaga pengajar salah sebuah pusat tahfiz di daerah ini mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan merangsang dua kanak-kanak lelaki yang belajar mengaji di pusat itu ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini.


Tertuduh berusia 30 tahun hanya mengangguk faham sebelum mohon dibicarakan atas pertuduhan mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan kerana merangsang kanak-kanak untuk melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merangsang mangsa berusia lapan tahun untuk melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau di sebuah pusat tahfiz di daerah ini, jam 8 malam, pada 1 Jun lalu.

Selain itu, tertuduh yang sudah berkahwin dan memiliki seorang anak itu turut didakwa melakukan perbuatan sama terhadap seorang lagi mangsa berusia tujuh tahun di lokasi sama, jam 2 petang, pada 2 Jun lalu.

Bagi setiap kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak lebih 15 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi lantikan peguam.

Sementara itu, di mahkamah berasingan, Hakim Azman Mustapha membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk lantikan peguam.

Terdahulu, tertuduh dalam nada sebak merayu mahkamah mengurangkan jaminan kerana mendakwa perlu menanggung keluarga memandangkan isterinya tidak bekerja selain mempunyai anak yang masih kecil.

Pendakwaan masing-masing dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Hafizah Mohd Sokran dan Nurliyana R Azmi.

Sinar Harian sebelum ini ada melaporkan seorang pemuda bertindak di luar kawalan apabila dipercayai mencabul dua kanak-kanak yang juga muridnya di sebuah pusat mengaji yang beroperasi di daerah ini, di sini.

Kejadian yang menimpa dua kanak-kanak berusia tujuh dan lapan tahun itu hanya diketahui apabila salah seorang daripada mereka mengadu sakit di bahagian punggung kepada ibunya selepas pulang dari pusat mengaji berkenaan.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.