Header Ads

Kaki Mereput dan Bernanah Main Game 6 Hari Tak Berhenti



Pelik betul dengan habit orang yang terlalu taksub dan leka bermain permainan video di cyber cafe. Sebelum ini seorang gadis dilaporkan hilang dan dipercayai mati selama 10 tahun ditemui kembali kerana hidup di cyber cafe. 


Terbaru seorang lelaki ditemui tak sedarkan diri di bawah pokok dengan kaki yang bernanah dan berdarah di sebuah trek kereta api di Hangzhou. 

Polis itu kemudian bertindak segera dengan menelefon ambulan dan tidak lama selepas itu, lelaki itu bangun meminta air.

Lelaki berumur 19 tahun ini sudah merayau 3 hari tanpa hala tuju dan tak makan sebab tiada duit kerana duitnya sudah dihabiskan di cyber cafe selama 6 hari kerana main permainan video online. 


Setelah mengubungi ibu bapa lelaki tersebut, mereka enggan membenarkan anaknya pulang. namun setelah berfikir mereka meminta polis menghantar anaknya ke rumah yang melarikan diri sejak 10 hari lalu. 


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.