Header Ads

Lima Tahun Dipenjara, Vokalis Kumpulan Spring Akan Dibebaskan



Kakishare.my - Setelah lima tahun dipenjarakan, vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng Spring atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail akan dibebaskan daripada Penjara Kluang dalam masa terdekat. Sementara itu isterinya juga dalam masa yang sama tidak mendedahkan tarikh sebenar dia akan dibebaskan.

Melalui Harian Metro, isterinya, Sabariah Zakaria berharap agar suaminya itu diberikan peluang untuk meningkatkan keyakinan dirinya selepas dibebaskan.


“Berilah Ameng peluang untuk bertenang dan mengembalikan kekuatan dan keyakinan dirinya sehari dua ini. Abang Ameng akan bebas, tapi saya tidak mengesahkan pada mana-mana pihak yang beliau akan dibebaskan esok (hari ini),” katanya.

Ameng sebelum ini telah dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011 kerana kesalahan penyalahgunaan dadah. Hukuman itu bagaimanapun dipendekkan berikutan kelakuan dan disiplin cemerlang yang ditunjukkannya. 


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.