Header Ads

Peniaga Tipu Pelanggan, Jual Daging Babi Dakwa Daging Lembu



Kakishare.my - Indonesia - Sungguh bahaya jika perkara yang sama turut melanda negara kita. Kejadian ini baru lagi terjadi di Surabaya, Indonesia apabila pihak berkuasa di sana menahan tiga penjual daging di tempat berasingan kerana menipu pembeli.


Peniaga terbabit, semuanya lelaki yang berusia antara 34 dan 61 tahun dituduh menjual daging babi yang mereka dakwa daging lembu.

Jurucakap polis Surabaya, Shito Silitonga berkata, ketiga-tiga peniaga itu memberitahu pembeli bahawa daging yang mereka jual itu daging lembu kurang berkualiti, sedangkan ia sebenarnya daging babi.

Harga yang ditawarkan juga lebih murah berbanding harga daging lembu yang dijual di kawasan sekitar. Harga yang ditawarkan adalah Rp90,000 (RM 27.53) jika dibandingkan dengan harga daging lembu biasa yang bernilai Rp130,000 (RM 40.00) sekilogram.

“Caranya, jika ada orang datang membeli, semua daging yang dijual dikatakan daging lembu. Padahal sebenarnya yang diberikan adalah daging babi”, terang Sinto.

“Biasanya, mereka memberitahu kepada pembeli, daging babi yang mereka jual itu adalah daging lembu yang kurang kualiti, sebab itu harganya lebih murah iaitu Rp90,000 (RM 27.53) sekilogram. “, kata Shinto lagi.

Ketiga-tiga peniaga tersebut kini berhadapan hukuman penjara maksimum empat tahun.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.