Header Ads

Tip Diet Di Bulan Ramadhan Bagi Yang Mahu Kurus Di Hari Raya



Kakishare.my - Masuk sahaja bulan Ramadhan ramai kawan yang mesej abang. Nak tahu amalan diet apa yang abang buat sepanjang Ramadhan ini. Di samping melaksanakan ibadah yang mulia, ramai juga bercita-cita untuk kuruskan badan.

Disebabkan mesej kau orang yang terlalu banyak itu sampai abang tak sempat balas maka abang tulis ini. Kau boleh baca dan terus amalkan ya.



1. Jangan tinggal sahur
Jangan tinggal sahur walaupun hanya dengan sebiji kurma. Sahur adalah sunnah. Jangan sebab alasan nak diet dan kurus maka kau tinggalkan sunnah ini.

2. Makanan rendah kalori
Semasa sahur pilihlah makanan yang tidak tinggi kalori, tinggi garam dan kurangkan makanan berlemak. (Elak lauk sahur kau orang dengan ikan masin, telur masin, mee segera atau sardin dan seumpamanya)

3. Pengambilan nasi / bihun / mee
Tidak ada masalah untuk ambil nasi/ bihun/ mee/ kuetiow semasa sahur. Asal jumlah segenggam. Namun untuk jimatkan lagi kalori, kau boleh ambil karbo kompleks yang lain. Sama ada roti wholemeal atau pun oat.

4. Minuman manis
Tinggalkan segala minuman manis atau berkafien sepanjang sahur. Kau minumlah air kosong banyak-banyak. Kau kena tahu air kosong selamanya kosong kalori.

5. Kuantiti makanan semasa berbuka
Semasa berbuka puasa, tidak ada masalah untuk ambil makanan yang lebih banyak berbanding semasa sahur. Namun pastikan makanan itu makanan yang berkualiti.

6. Mulakan berbuka dengan kurma dan air manis seteguk sahaja
Hehe. Abang tahu kau susah nak buat benda ini tapi percayalah dalam masa seminggu kau dah boleh lihat kesan pada perut kau. Belajarlah untuk minum air kosong.

7. Lauk pauk jenis rebus
Untuk lauk berbuka kalau kau tanya, abang suka pilih yang rebus-rebus atau pun bakar-bakar. Ikan masak asam pedas, ayam golek, ayam sambal ini semua kegemaran abang. Jangan ambil yang bergoreng atau yang banyak guna sos atau kicap. (Charkuetiow, KFC, etc) Lebihkan yang bakar dan rebus.

8. Sayur dan buah-buahan
Sayur dan buah-buahan adalah menu yang jangan kau tinggalkan sebagai tambahan serat dan vitamin dalam badan. Barulah makanan itu jadi seimbang dan kau akan nampak lebih bertenaga dan tidaklah kurus dalam keadaan yang nampak letih.

Ini semua apa yang abang buat sewaktu diet dahulu. Jujur kalau kau boleh konsisten dengan garis panduan yang abang beri kau tak perlu pun nak habis ribuaan ringgit untuk kurus.

Kau tahu kawan. Tidak ada masalah pun jika Ramadhan ini kau ingin jadikan titik permulaan untuk hijrah ke arah yang lebih baik. Ibadah tetap ibadah. Jika kau niatkan kurus ini adalah untuk memudahkan urusan ibadah kau dan kerana Allah maka pahala yang juga kau dapat.

Abang ambil 3 bulan untuk kurus tanpa pil ini. Termasuk dengan manfaatkan peluang pada Ramadhan ini.

Untuk pengetahuan kau semua. Ini foto selfie terbaik pernah abang ada. Kahkah. Senyuman masih sama cuma bentuk wajah sahaja berubah.

Ini sahaja tip dari abang. Terima kasih sebab kau sudi baca sampai habis.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.