Header Ads

Usaha Doktor Pakar Sakit Puan Cuba Selamatkan Mangsa Kemalangan Dapat Pujian Netizen




Kakishare.my - Satu perkongsian di media sosial yang sudah pun viral, seorang pengguna Facebook kagum dengan sikap orang ramai membantu mangsa kemalangan. Mengikut status yang ditulis, ada dua tiga orang yang terlibat terdiri daripada pelbagai bangsa membantu mangsa kemalangan tersebut.

Berikut status beliau di laman Facebook:- 

Saya ingin berkongsi satu kisah dimana sy melihat kejadian ini dengan mata saya sendiri..

Pada petang tadi, dari sunway hendak menuju ke NPE terdapat seorang lelaki melayu berumur 24 tahun mengalami kemalangan motorsikal..

Kakinya hancur akibat terlangar divider.. Kebetulan lelaki dalam gambar ini melihat mangsa terbaring lalu dia berhenti untuk memberikan pertolongan kepada mangsa..

Ada seorang juga seorang lelaki berbangsa cina yg membantu mangsa dgn menelefon ambulance.. Seorang lagi lelaki melayu tolong mangsa dgn memapah mangsa.. Datang lelaki didalam gambar terus dia mengambil plastik utk menutup kaki mangsa.. Dan terus mengikat kaki mangsa utk menghentikan pergerakkan darah..disebabkan pendarahan terlalu teruk.. Lelaki dlm gambar ni suruh cari ais.. Sy pon ape lagi carik2 tgk ade satu lori ais.. Sy tahan lpstu amek satu ice bag yg besar tu bagi lelaki dlm gambar ni.. Dia amek ice tu dia letak bawah kaki mangsa .. Dia sedara upaya nk henti kan pendarahan tu.. Ambulan plak lambat sampai sbb jem.. Dlm masa tunggu ambulance tu lelaki ni jelah yg tak kisah pasal darah, pasal isi daging kaki mangsa tu..

30 mins lps tu ambulance tiba.. Ambulance ambil alih kes tu.. Lpstu sy tanya lelaki ni.. " awak doktor ke? ".. Dia jawab " yes I'm doctor" .. Tapi I Doctor pakar sakit puan.. That's why dia tak berapa pandai nk handle tapi dia Cuba utk hentikan pendarahan bdk tu.. Sy dah mcm terharu sket..

Tujuan sy up post ni utk berterima kasih dan memuji kt doktor dlm gambar ni atas tindakkan dia .. mempunyai hati dan perasaan utk menolong org kemalangan dan cuba sedaya upaya utk menghentikan pendarahan mangsa tu.. Walaupun bukan bidang dia..(Katanya dia seorang doktor pakar sakit puan di area sunway)

Thank you doktor kerana telah menyelamatkan satu nyawa pada hari ni.. !!


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.