Kesengsaraan Ibu Halimah Pengasas Jamu Mak Dara Mampu Menitis Air Mata
Di usia senja, dia masih menggoda. Bukan menggoda lelaki-lelaki muda, tetapi mencipta rasa cemburu dalam diri kaum wanita sendiri. Ibu Halimah Shuib, rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam direktori bidang kecantikan dan produk tempatan.
Kisah hidup Abib dan ibunya
Kehidupan susah saya bermula ketika saya berusia 14 tahun. Masa itu berlaku keretakan rumah tangga. Ayah dan ibu berpisah. Kemiskinan kami sampai pada tahap tidak boleh makan lagi, terpaksa ikat perut.
Dua tahun kemudian, ketika berumur 16 tahun, saya buat keputusan hendak berhijrah ke Kuala Lumpur (KL) mencari ibu dan ayah. Keadaan saya ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu. Pada usia muda, saya ke hulu ke hilir seorang diri dan pernah bergaul dengan kumpulan penagih dadah tetapi tidak terjebak dalam aktiviti itu. Selepas berapa bulan, saya terjumpa dengan ibu. Kami rancang hendak berniaga kecil-kecilan.
Kami pun berniaga. Ibu masak nasi campur. Ibu seorang yang superb sebab boleh masak 32 jenis lauk dalam masa dua jam. Masa itu ibu umur awal 50-an. Berbekalkan tenaga dan kepandaiannya memasak, saya fikir sampai bila saya hendak membantu ibu di warung? Satu hari ibu jatuh sakit kerana terlalu letih dan penat sangat sehingga tidak boleh bangun. Keadaan ibu ketika itu tidak terjaga, tidak terurus, saya sedih sangat.
Selepas itu datang pula seorang wartawan minta hendak temubual ibu mengenai buku resipi. Setelah datang, dia berminat dengan fizikal ibu. Dia kata ibu cantik dan menawan. Bagaimana ibu menjaga tubuh badan dan kesihatan.
Ibu beritahu, makan jamu yang dibuat sendiri dan kebaikan jamu itu untuk wanita terutama bagi yang bersalin dan dalam pantang. Resipi jamu itu pula ibu belajar dari emaknya yang di kampung orang panggil Mak Dara. Orang kampung selalu minta Mak Dara buat jamu untuk mereka dan ibu ada belajar sikit-sikit cara membuatnya. Wartawan itu kemudian minta izin untuk letakkan tajuk artikelnya “Jamu Mak Dara Kembalikan Nikmat Malam Pertama”. Meraunglah Malaysia. Telefon saya dua minggu berdering tidak henti-henti dari jam 7 pagi sampai jam 2 pagi.
Jamu ini terkenal di pasaran dan membuatkan kehidupan saya berubah. Daripada pengalaman saya lalui saya gunakannya untuk kembangkan perniagaan Jamu Mak Dara (JMD).
Amalan Ibu Halimah masih cantik diusia senja
Amalan berpantang begitu ditekankan, terkini Ibu Halimah muncul dengan produk terbaru keluaran syarikat Jamu Mak dara Sdn. Bhd. iaitu Set Bersalin Ibu Halimah. Set ini adalah hasil daripada amalan turun- temurun keluarga beliau, dan kini, ia diperkenalkan untuk kegunaan umum. Ramuan yang digunakan adalah 100 peratus herba hutan hujan tropika dah tidak mengandungi bahan tiruan, manakala bengkung yang disediakan adalah bengkung tradisional Melayu.
Di antara produk yang terdapat di dalam set bersalin ini ialah Jamu Mak Dara serbuk dan kapsul sebagai pemakanan tambahan berasaskan herba yang dapat membantu ibu-ibu dalam tempoh berpantang untuk menjaga kesihatan dan kesuburan sistem peranakan mereka.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk ini boleh klik gambar dibawah ini. #Amaxmall
Post a Comment