Peluk Usher, Yuna Bidas Kritikan Negatif Netizen
Kakishare.my - Gara-gara video serta foto beliau memeluk penyanyi terkenal Usher ketika mengadakan persembahan Live at The Roots Picnic 2016, Yuna telah menerima kritikan yang cukup panas daripada netizen.
Menerima pelbagai komen negatif, Yuna akhirnya telah tampil membidas setiap kritikan “haters” dan menyatakan kehadiran beliau dalam industri hiburan bukanlah untuk memuaskan hati semua orang.
Yuna juga menegaskan beliau juga tidak pernah mengejar populariti dan tidak perlu untuk mencetuskan sebarang publisiti murahan.
Khas untuk anda semua yang buat saya ‘trending’ hari ini. Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya berada di sini bukan untuk memuaskan hati sesiapa. Terutama buat lelaki yang tidak mempercayai kebolehan wanita. Puas kutuk saya macam-macam, tetapi apabila nampak di pusat beli-belah, anda juga yang mahu bergambar.
Ada satu peratus pembenci dan 99 peratus peminat yang sentiasa menyokong sejak terbabit dalam industri muzik, daripada hari pertama lagi. Jangan sesekali ingat yang saya lupa pada anda.
Apabila isu berkenaan menjadi viral, ada segelintir peminat yang mempercayai apa yang berlaku bukanlah secara sengaja.
Ramai yang berpendapat Yuna sudah cuba untuk mengelak daripada memeluk Usher tetapi terpaksa berbuat demikian kerana menghormati penyanyi antarabangsa tersebut.
Post a Comment