TERKINI !! Majlis Akad Nikah Hetty Sarlene & Daniel Oakes [4 Gambar]
Dengan ini berakhirlah sudah zaman bujang heroin drama Sembilu, Hetty Sarlene Abdul Hamid Hassan dan pasangan pilihan hatinya iaitu Daniel Oakes (Dani Aaqil), 32, selamat diijabkabulkan hanya dengan sekali lafaz sekitar jam 12.55 tengah hari tadi, bertempat di Royal Palm, Clarke Quay Orchid Ballroom, Singapura.
Dalam pada majlis pernikahan yang dihadiri kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan itu, Daniel menyerahkan mas kahwin berjumlah Singapura Dollar (SD$) 100. Manakala wang hantaran pula sebanyak GBP£10,000 Pound (SD$20,000).
Pasangan itu dinikahkan oleh Jurunikah Singapura yang berwalikan bapa perempuan Abdul Hamid Hassan dan akad nikah itu juga dijalankan dalam bahasa inggeris.
Sementara itu, pasangan pengantin masing-masing berbalas lima dulang hantaran.
Seterusnya, resepsi persandingan pasangan itu diadakan pada hari yang sama. Manakala resepsi bagi sebelah pihak lelaki pula dirancang akan diadakan pada hujung tahun ini, di London.
Turut hadir memeriahkan majlis, penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam.
Untuk rekod, Hetty dan Daniel yang sudah berkenalan dalam tempoh dua tahun kemudiannya mengikat tali pertunangan 25 Disember 2015.

Post a Comment