"Tidak Semua Kahwin Itu Tidak Indah". SEE.. Ada Jee Yang Indah Seperti Ini..
Bila berkata tentang Kahwin jee, banyak laa suara suara cakap sekejap je tu, nanti rasa laa dingin nya kahwin tu. Macam cerita pengalaman kakak bawah ini., haa baca dan hadam K.
Salam admin. Harap dpt siarkan post saya ni. Sbb sy nak share manisnya selepas berkahwin.
Nama saya Yana. Saya baru je berkahwin 3 bulan. Mesti ramai cakap ala bolela baru kahwin. Sumenye manis. Sini saya nak share kehidupan saya selepas berkahwin. Tak semuanya pahit.
Saya sebelum kahwin lg memang dikelilingi dgn org yg suka berfikiran negatif tentang alam perkahwinan.
sumber google |
Bila saya cakap sikit, mulala ada suara ckp "ala tunggula ko kahwin nanti. Baru ko rase". Kenapa ye perlu nak doakan yg tak baik2. Tapi sy tak cepat melatah.
Alhamdulillah saya jumpa suami sy. Sblm kahwin lg sy dah jumpa mak ayah dia. Dari situ sy nampak mak ayah dia mmg org yg baik2. Suami sy mmg pentingkn mak ayah dia. Apa2 dia dahulukan mak ayah dia dulu.
sumber google |
Lepas saya kahwin saya duduk dgn mak mertua. Adik bradik suami sy yg lain sume duduk negeri lain. So kitorg berempat jela kt rumah tu. Saya tak kisah. Sbb sy tahu mak dia ok je. Mak dia suri rumah. Ayah dia dah pencen. So dua2 mmg duduk je kt rumah tu.
Ofis suami sy dkt je dgn rumah. Tp sy la yg jauh sikit. Pagi2 dah gerak keluar rumah. Sampai rumah dah malam. Mcmtu la hari2. Nasib baik mak mertua saya faham. Hari2 sy balik kerja dia dah siap masak. Kadang2 bilik kitorg dia yg kemaskan. Baju kitorg dia yg basuh. Sampai saya jadi malula. Tp mak mertua sy ckp dia boring. Sbb tu dia buat. Tp kdg2 lepas balik kerja saya basuh dan sidaila baju.
Kalau suami saya request nk makan lewat mlm, saya masakla. Xde la sy goyang kaki je. Sy pn tolong2 jgk.
sumber google |
Pastu kalau hujung minggu kitorang balikla rumah mak saya. Dekat je. Sejam je dari rumah mertua sy. Suami saya ok je.
Saya nak share la. Tak semuanya pahit selepas berkahwin. Kita kena set dlm minda kita jgn fikir negatif. Apa org cakap jgn dilayan sgt. Jgn ikut apa yg dorg buat.
Kita sendiri kena usaha jadi isteri yg baik. Hari2 kita kena gembirakan suami. Layan mertua baik2.
Saya bersyukur sgt dgn apa yg saya ada skrg.
sumber google |
Pesan saya utk yg nak berkahwin tu, jumpa dulu bakal mertua. Okey ke perangai dia. Bakal suami awk tu layan mak ayah dia baik ke x. Kalau ok, insyallah lepas kahwin pun ok.
Jangan takut sangat nak berkahwin. Insyaallah sumenya akan ok.
Saya perasan dlm page ni byk sgt ckp benda negatif pasal suami. Aibkan suami. Ye saya tahu korang mesti nak cakap ala ko tak rasa lagi memangla. Mula2 memang la sumenye manis.
Kenapa mesti cakap cmtu? Kita kahwin sekali je. Kenapa nak manis mula2 je? Kita sepatutnya hari2 kena layan suami elok2. Jangan buruk sangka dgn suami. Bahagiakan dia. Insyaallah sumenya akan ok.
sumber google |
Takpela kalau ada org xbole terima pendapat sy. Tp post sy ni sy tuju khas utk yg takut sgt nak berkahwin. Kalau kita cuba kearah kebaikan insyaallah Allah akan tolong.
Sekian.
Jadi kepada sister sister dan brother brother di luar sana. Jangan takut dah yaa nak mendirikan rumah tangga yang aman bahagia bersama pasangan idaman korang. Semoga berjaya! Doa banyak banyak jangan lupa, jangan asyik negatif thinking je!..
Post a Comment