Walaupun Dikecam, Video Kak Mawar Terus Dikongsi Netizen, Lebih 7000 'Share'
Kakishare.my - Selepas memaparkan aksi memalukan diri dalam rakaman video mempromosikan produk Jus Khazanah sebelum ini, Kak Mawar muncul lagi dengan video terbaharu, juga menggunakan ‘kaedah pengiklanan’ serupa.
Seperti video pertama, Kak Mawar tanpa segan silu memaparkan aksi ‘berahi’ sambil menggunakan ayat-ayat yang tidak sesuai diungkapkan secara terbuka demi mempromosikan produk yang ingin dijualnya.
Apa yang menimbulkan kecaman ramai seperti diluahkan di ruangan komen video tersebut dikongsikan adalah, gaya Kak Mawar itu boleh menimbulkan persepsi buruk seorang wanita Muslim di mata masyarakat. Iklan terlampau yang berunsur lucah itu sehingga kini dikritik teruk oleh pengguna Facebook.
Biarpun begitu, video tersebut menarik minat lebih 7000 kali share di halaman Facebook Metafora Anafora.
Post a Comment