Header Ads

Wanita Nyaris Disambar Ular Sawa Tiga Meter



Kakishare.my - Seorang pekerja yang ingin memberi makan ayam ternakannya terkejut apabila nyaris disambar ular sawa di pintu reban di Kampung Batu Tujuh Setengah, Lembah Beriah, di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 11.30 pagi, pekerja terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 47, berkata, kejadian berlaku ketika dia ingin memberi makan kepada lebih 50 ayam serta beberapa rusa dan kambing peliharaan majikannya.

Menurutnya, sebaik masuk ke reban, dia terkejut melihat ular sawa sepanjang tiga meter berada diatas kepalanya yang bersedia untuk menyambar.

“Sewaktu berada dalam reban memang tiada bunyi pelik didengari, namun saya tertanya-tanya mengapa semua ayam berkumpul di satu tempat.

“Belum sempat makanan ditabur saya terkejut dan hampir jatuh apabila melihat ular sawa berada diatas kepala. Mujur saya pantas berundur dan menjerit keluar dari reban terbabit sebelum menghubungi majikan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sumber : HM


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.